Monday 10 June 2013

Kehidupan dan perubahan...

            Assalamualaikum,nama penuh saya Puteri Najwa Aswadi,kawan2 semua boleh panggil saye najwa.Umur najwa 15 tahun.Ok hari ini najwa nak menceritakan tentang perubahan yang berlaku dalam hidup najwa dari tadika sampai sekarang.Sewaktu najwa berumur 6 tahun najwa bertadika di SMART READER disana najwa belajar cakap bahasa inggeris tapi tu la sekarang pon tak berapa mahir sangat cakap bahasa inggeris hehehe sebab tak minat kot.Selepas habis setahun bersekolah di sana najwa pon memasuki sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 najwa sekolah dekat situ dari najwa darjah satu sampai la najwa darjah enam.Sewaktu najwa darjah enam najwa mengambil UPSR tapi markah najwa boleh la najwa dapat 1A 4B.Selepas habis darjah enam najwa pon memasuki sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda.Umur najwa dah 13 tahun.Najwa dapat memasuki kelas 1C3 kelas yg dianggap beberapa terakhir juga la.Bila najwa masuk sekolah tu najwa dapat ramai juga kawan semua baik baik..tapi najwa cuba berusaha juga untuk menaiki kelas apabila najwa form 2.Bila memasuki 2012 najwa dapat menaiki kelas iaitu kelas 2C2 najwa dapat bersekolah sebulan saja sewaktu najwa form 2. Kerana abah n mama najwa mahu menghantar najwa n abang najwa di sekolah pondok/agama.Sekolah tersebut berada di kedah.Pada mulanya kami berdua tak dapat terima kerana jauh.Bayangkan daripada belajar dekat johor terus kena belajar dekat kedah.Disana najwa asyik2 menangis sebab rindu keluarga.Najwa dapat balik rumah 2 bulan sekali je.Tapi disana najwa banyak berubah .Sebelum ni pakaian najwa tak berapa elok la juga najwa pakai tudung singkat,baju pon ketat,pakai seluar jean pastu najwa tak pakai stokin pon sebab pada najwa tu perkara biasa yang orang selalu pakai.Tapi bila najwa dah masuk sekolah pondok bila najwa ingatkan balik kisah silam najwa rasa berdosa. Disana najwa diajar untuk memakai tudung labuh,jubah,stokin...pada mulanya najwa tak berapa suka tapi bila lama kelamaan ia sudah jadi pakain harian najwa.Najwa selalu mendapat sokongan daripada kakak2 disana.. kitorang semua sudah jadi macam satu keluarga...seronok sangat...najwa dekat sana tak belajar akademik najwa cuma belajar kitab2 dan bahasa arab.Selama ini najwa tidak tahu siapa 4 imam,najwa solat pon tak  betul..batapa jahilnya najwa tapi bila najwa masuk sekolah pondok tersebut najwa dapat belajar tentang solat dengan betul dan dapat belajar tentang agama islam dengan lebih mendalam dan najwa dapat tahu betapa pentingnya stokin kerana stokin itu wajib bagi wanita.Najwa belajar disana hampir setahun..Sewaktu hujung bulan 12 najwa n abang najwa pindah balik ke johor kerana abah n mama najwa kata da dapat sekolah baru yang dekat sikit...najwa tak kesah..hmm,tapi tulah rindu pula kawan2 dekat kedah...najwa harap hubungan kitorang semua tak putus..Bila najwa dah pindah balik ke johor najwa pon pindah ke sekolah baru...sekolah itu Sekolah Menengah Arab Tahfiz Al Masriyah,sekolah iu berada di simpang renggam,johor...disana palajar muslimat hanya ada 20 orang..najwa tahun ni form 3 sepatutnya najwa kena ambil PMR tapi najwa tak ambil sebab najwa sekolah arab so najwa ambil SMRA iaitu Sijil Menengah Rendah Agama..jadi tahun ni najwa kena berusaha untuk buat sedaya upaya najwa in shaa Allah.. oklah kawan2 sampai sini saja najwa punye cerita...klau tak faham minta maaf ea,lagi pon najwa baru belajar guna blog..hehehe...Assalamualaikum.. :)     

            di sekolah pondok,kedah... ( 2012)

        di sekolah menengah arab tahfiz al masriyah,johor (2013)
 
 

Sunday 9 June 2013

Antara sebab sebab Bercouple itu haram..

 



1- akan berhayal dengan kekasih/berzina hati Contoh : walaupun tak jumpa tapi..memikirkan benda2 maksiat >>> Ini dikira berzina hati

2 - akan membazir duit Contoh → Topup hp habis berpuluh ringgit

3 - Bukan sunnah dari Nabi Muhammad Saw

4- akan membawa kpd kerosakan/keburukkan Contoh→ bila putus cinta dgn bf/gf akan mengugut untuk bunuh diri dan sebagai-nya

5- Ber"couple" Ini akan membawa kpd Zina >>> Dalam surah Israa ayat 32 : →→→ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

 

kelebihan solat fardhu


Suatu hari Nabi Muhammad S.A.W didatangi serombongan orang-orang yahudi yang bertanyakan tentang sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umatnya..

Jawab Nabi S.A.W:

1. Solat Zohor, maka pada saat itu nyalanya neraka Jahannam, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang itu melainkan diharamkan atasnya api Jahannam pada hari kiamat.

2. Solat Asar, maka pada saat itu Nabi Adam a.s memakan buah khuldi, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang ini melainkan keluar dari dosanya bagaikan bayi baru lahir dari perut ibunya.

3. Solat Maghrib, maka pada saat itu diterima taubat Nabi Adam a.s, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya dengan ikhlas kemudian minta apa-apa kepada Allah melainkan pasti diber-Nya.

4. Solat Isyak, maka kubur itu gelap dan hari kiamat juga gelap, maka tiada seorang mukmin yang berjalan dalam gelap malam untuk sembahyang Isyak berjemaah melainkan diharamkan oleh Allah dari terkena nyalanya api, dan diberi cahaya untuk menyeberang di atas titian sirat.

5. Solat Subuh, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya empat puluh hari dalam jemaah melainkan diberi Allah dua kebebasan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari munafiq(muslim yang menyembunyikan kekufuran).

KETERANGAN:
Saudaraku sekalian.. Sesungguhnya ganjaran akhirat adalah sesuatu yang ghaib, perkara yang kita tak nampak seringkali buatkan kita lupa tentangnya. Maka di sini, sama-samalah kita saling ingat-mengingati, saya ingatkan diri saudara, saudara ingatkan diri saya. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk menunaikan kelima-lima solat fardhu ini sepanjang hayat kita. InsyaAllah...

WARAK KETIKA BELAJAR

                                   

Sesiapa yang tidak warak dalam menuntut ilmu agama.Allah akan mengujinya atau memberi bala 

kepadanya.Antaranya:

*Dimatikan sewaktu muda

*Dikelilingi orang orang jahil
*Bekerja untuk orang

Cara cara memperolehi sifat warak:- 

1.Jauhi diri dari rasa kenyang.   
2.Jauhi diri dari tidur yang terlalu banyak.
3.Jauhi dari cakap benda yang tak berfaedah.
4.Jauhi dari makan makanan pasar.
5.Hendaklah kamu jauhi dari mengumpat dan orang
   yang banyak cakap.
6. Hindar orang yang berperangai buruk.
7. Jauhi diri daripada melakukan maksiat.
8.Jauhi dari sikap malas.
9.Belajar menghadap kiblat.
10.Belajar dalam keadaan berwuduk
11.Hendaklah mendirikan sembahyang dengan 
     kusyuk.
12.Carilah doa dari kawan kawan yang baik.
                               

MALU

MALU... <3
1.Malu ada 3:

*Malu meninggalkan perintah Allah :Solat,puasa
*Malu melakukan maksiat:Tidak tutup aurat
*Malunya dengan manusia:Daripada zina

2.Jangan kita malu untuk memakai pakaian sunnah
   *Jangan malu melakukan kebaikkan..
3.Apabila kamu malubuatlah apa yang kamu mahu 
   tetapi berdosalah kamu..
4.Yang patut kita malu pada Allah bukan pada 
    mahluknya..
5.Beriman pada Allah kunci pertama masuk syurga.

6.Sesiapa yang beriman tetapi melakukan maksiat
   orang itu dibakar dahulu di api neraka..
7.Sesiapa dia pernah mengucap dua kalimah 
   syahadah(mukmin)walaupun dia berbuat maksiat
   akan diazab dahulu kemudian baru dimasukkan 
   ke syurga....



SABAR ITU CAHAYA MENERANGI....


Ada beberapa jenis sabar:

  • Sabar dalam meninggalkan maksiat
  • Sabar dalam kesusahan dan kesulitan
  • Sabar dalam kesakitan yang dilakukan oleh mahluk
  • Sabar dalam mnyiarkan dakwah
 Allah suka kepada orang orang yang bersabar.....

 Nasihat nasihat nabi

  1.Nabi berkata "peliharalah Allah supata engkau dipelihara
    olehnya.  
 2.Apabila engkau endak sesuatu maka tuntutlah kepadanya
 3.Ingatlah Allah ketika engkau dalam kesenangan..
 4.Sesungguhnya kelapangan itu serta kesukaran dan kesukaran
    datangnya kesenangan...

 FIRMAN ALLAH:
Sekiranya nabi Yunus tidak bertasbih kepada Allah maka kekallah ia di dalam perut ikan paus....

*Sabar boleh memberi ketenangan jiwa
*Siapa yang bersabar maksodnya dia redha dengan Allah
*Allah bersama dengan orang orang yang bersababar
*Setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan
*Sesiapa yang bersungguh sungguh dalam sesuatu perkara maka dia 
  akan dapat perkara tersebut...

MENCARI KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI

   MENCARI KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI        

                                                 
'Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'

Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?
Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT....