Thursday 12 February 2015

Anak Soleh Dan Solehah

  Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi,hari ni ajwa nak kongsikan dengan semua tentang menjadi anak yang soleh.

Sahabat2 sekalian untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah tidaklah susah.Tetapi semuanya bergantung pada diri seseorang itu sendiri dan cara ibu bapa mendidiknya.Jika sahabat semua ingin tahu anaklah kunci syurga dan anak jugalah aset ke syurga atau neraka.Kalau kita belajar tinggi2 sampai ke luar negara sekali pun tapi takde ilmu agama di dada apa guna?...itulah yang patut kita semua takutkan.Sahabat semua bayangkan bila mak/ayah kita dah takde,adik beradik ramai semua ni belajar tinggi2 tapi takde sorang pon yang pandai menguruskan jenazah mereka.Sahabat bole rasa tak betapa sedihnya mereka mempunyai anak tetapi tidak pandai untuk menguruskan jenazah mereka.Tetapi tak semuanya salah anak kerana anak ini ibarat kain putih ibu bapalah yang mewarnai kain tersebut.Sekiranya baik maka baiklah ataupun sebaliknya.Jika anak itu dibesarkan dengan ilmu agama in shaa Allah dia akan menjadi seperti mana kita harapkan.Sebaliknya jika anak itu dibesarkan dengan keduniaan,kekayaan maka jangan kita dok harap sebaliknya.semuanya terletak ditangan ibu bapa sendiri...

 Akhir sekali,doa yang dimakbulkan apabila matinya anak adam ialah doa2 anak yang soleh "Jadi renung-renungkan dan selamat beramal :).Oklah sampai sini saja"apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari diri kita sendiri,ajwa minta maaf jika ada terkasar bahasa.Kita manusia tidak pernah lari dari kesilapan..ajwa ade tinggalkan sahabat2 video yang ajwa buat,supaya dapat memberi manfaat kepada sahabat2 semua..sehingga berjumpe lagi in shaa Allah,maassalama Assalamualaikum ^_~