Tuesday 22 December 2015

PELAJARAN 3:Najis-najis

   Assalamualaikum sahabat semua,Ajwa harap semua sihat2 belaka.Hari ni najwa akan terangkan tentang najis2 dan bahagian2 najis..


NAJIS2:

Maksud najis ialah sesuatu yang kotor yang tidak sah dibawa sembahyang.Seperti kencing,najis manusia,najis binatang,darah,nanah,bangkai lalat dan sebagainya.Tetapi seperti ludah,hingus,tahi mata,tahi hidung adalah kotor dan tidak najis.

Bahagian2 Najis:

Najis terbahgi kepada 3:
1)Najis ringan(mukhoffafah) iaitu seperti kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang hanyan minum susu sahaja.Cara membersihkannya ialah dengan mempercikkan air ketempat itu merata selepas meramas kain yang kena najis.Adapun kencing anak perempuan mesti dibasuh dengan mengalirkan air.

2)Najis berat(mughollazah) ialah najis anjing dan babi.Cara membersihkannya dengan membasuhnya dengan tujuh kali iaitu 6 air bersih dan satu air tanah bersih.

3)Najis pertengahan(mutawasittah)ialah selain dari najis ringan dan berat,jadi termasuklah nanah,darah manusia,kencing,tahi manusia dan binatang,bangkai,minuman yang memabukkan dan susu haiwan yang tak halal dimakan seperti susu kucing dan harimau.Cara membersihkannya ialah dengan menyiramkan air hingga hilang 3 sifat iaitu bau,warna dan rasa tetapi kalau bau saja yang belom hilang maka dimaafkan.


Najis2 yang diamaafkan:
Najis2 yang dim aafkan seperti sedikit darah,nanah dan yang tak nampak oleh mata kasar.Juga dimaafkan jika terkena percikan air hujan dijalan dan dimaafkan darah2 yang sedikit pada daging2 haiwan yang telah disembelih.

Jika Allah izinkan,Kita akan ke tajuk seterusnya.Harap dapat memberi manfaat kepada semua ^_~
Ila liqa',maassalamah..
Assalamualaikum.