Friday 16 August 2013

ILMU FARAID...

1.Rasulluah S.A.W bersabda:Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian agama kamu dan ilmu yang pertama yang diangkat ke langit..

2.Jikalau satu kampung itu tiada sesiapa yang mengetahuinya maka berdosalah semuanya kerana ia fardu kifayah..

3.Ilmu faraid ialah tentang bahagi harta pusaka..

4.Ilmu faraid menggunakan kiraan(math modern)

*pengertian ilmu faraid adalah ilmu yg berasal (al quran & sunnah) yg diketahui  dengannya pembahagian harta pusaka kepada pewaris yg berhak.

*Tajuknya:harta pusaka dan siapa  yg berhak daripada harta pusaka dan
  pembahagiannya mengikut syarak..

*Faedahnya membolehkan setiap waris memberikan hak mereka berlandaskn
  syarak daripada harta pusaka

*Telah diketahui sabda Nabi S.A.W:(pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah ia
  sesungguhnya ia daripada ilmu dan sesungguhnya ia akan dilupakan ia adalah
  ilmu pertama diangkat daripada umatku)

*Nisbahnya ia adalah ilmu feqah..

*Siapa yg mletakkan ilmu faraid:  
1.Allah subahanallah taala di dlm kitabnya
2.Telah mensyarahkan ia oleh Rasulullah S.A.W
3.Telah mensyarahkn ia oleh sahabat2,para tabi'in dan para2 imam..
*Namanya:Ilmu faraid atau ilmu pekiraan
*Sumber rujukan:Al quran al karim telah berkata Allah taala di dalam surah nisa'
  (Allah mnsyariatkan kepadamu anak2 mu seorang anak lelaki bahagiannya sama
   dengan 2 orang anak perempuan)

Nota:
1.sebelum membahagikan harta pusaka jikalau si bapa mati ia perlu mengharungi
 7 jalan:
*Bayar hutang
*zakat
*Barang gadaian
*wasiat
*pusaka
*penempatan isteri yg beredah
*hamba yg melakukan jenayah

2.wasiat lebih baik bagi kepada :-
   *fakir miskin,ulama dan ornag fisabilillah

3. kite membeli seorang hamba itu RM 200.Tetapi kalau hamba itu membuat kerosakan dan orang minta ganti rugi RM 300..maka kite kena bayar RM 200 sahaja kerana seratus lagi dianggap hangus.

Hak2 berkaitan dengan harta pusaka:-
-ketahuilah sesungguhnya apa yang berkaitan dengan harta si mati ..
Pertama:hak2 yg berkaitan dengan diri harta pusaka.
  *Zakat *Hamba yg melakukan jenayah *Gadaian *Penempatan isteri yg beredah
  *Pinjaman wang *Hutang secara barang yg dibeli *Modal perniagaan dlm akad perkongsian keuntungan..

Kedua:Persediaan pengkebumian dengan tiada membazir dan tidak keterlaluan..
   **Utamakan setiap satu daripada tuntutan hak2 pada contoh diatas apa yg selepasnya dan diatas        persediaan pengkebumiaan...

NOTA:
       ( TEMPAT TINGGAL UNTUK ISTERI YG  BEREDAH DARIPADA ISTERI SI MATI.)
-Kalau suami mati suami harus sediakan tempat tinggal.Jikalau rumah sendiri Alhamdulillah tetapi
 kalau rumah itu sewa kena bayar selama dia (isteri)beredah maksodnya(3/2 kali suci haid)
 isteri harus ambil daripada harta pusaka suaminya contohnya sewa rumah RM 300 maka isteri harus
 mngambil RM 1,500 untuk duduk selama(4 bulan 10 hari) selepas masa itu isteri harus menanggung
  biayanya sendiri....

      ( BARANG YG DIBELI SECARA HUTANG DAN MATI DALAM MUFLIS..)
-Conthnya..kalau si mati membeli kereta  dan tidak membayar habis dan sewaktu matinya ia bankrap
 maka pemilik kerata itu berhak menarik balik kereta tersebut..

       ( HAMBA YG MELAKUKAN JENAYAH)
-Contohnye dia membeli hamba dan hamba itu tidak sengaja merosakkan harta benda orang dan
 tuannya mesti membayar tetapi bila orang itu meminta RM 300 dan tuannya hendaklah membayar
 harga sewaktu dia membeli hamba tersebut cntohnye tuannya membeli hamba tersebut dgn harga 
 RM 200 maka tuannya hendaklah membayar RM 200 sahaja dan RM 100 lagi dikira hangus..

         (GADAIAN)
-Kita mempunyai barang kemas dan sewaktu itu kita tiada duit maka kita gadaikan barang itu dan
 sewaktu kita mahu ambil barang itu kita tiada duit maka barang kemas itu telah menjadi hak orang
 yg mengutip hutang...(sewaktu mati orang yg menggadaikan barang dan tiada duit)

        (MODAL PERNIAGAAN DLM AKAD PERKONGSIAN KEUNTUNGAN)
-Ada pemodal dan ada peniaga maka keuntungan tetap sama contohnya pemodal itu dapat
 RM 100,000 maka harus bayar kepada peniaga itu RM 500,000...

         (WANG PINJAMAN)
-Kalau orang itu beli beg dia hutang dan tidak pakai lagi beg itu maka orang peniaga itu boleh
 mengambil balik..

(Kalau orang mati itu tidak mempunyai duit untuk pengkebumian orang yg perlu mnolong)
*Orang yg wajib memberi nafkahnya kepada si mati
*baitulmal (pembantu masyarakat)
*Orang islam yg kaya..

Ketiga:Hutang yg berkaitan diri si mati dan tidak diri harta
seperti:yg tidak sempat dilakukan oleh si mati
*Kewajipan menunaikan haji (tolong buatkan haji untuk dia)
*Zakat yg berada di dalam tanggungan si mati (tolong bayarkan zakat untuk anaknya)
*Pembayaran kafarah (kalau berjimak waktu bulan puasa kena ganti 2 bulan berturut turut..
*Nazar (contohnya dia pernah bkata 'kalau aku dapat anak perempuan aku nk sembelih kambing)
              (kena buatkan untuknya juga)
*Hutang yg berkaitan dgn manusia (tolong bayarkan)

Keempat:1/3 daripada harta yg berbaki..
-Contohnya dia mempunyai RM 100,000 kemudian dia sudah bayar segala hutang die dan tinggal RM 800,000 harus tolak satu pertiga daripada harta tersebut.Hanya satu pertiga saja boleh digunakan
untuk wasiat contohnya bersedekah kepada anak yatim..

oklah sampai sini saje najwa bole terangkan tentang ilmu faroet...najwa minta maaf klau ade kesilapan sepanjang najwa terangkn tajuk ni...yg baik itu datangnye dari Allah dan yg buruk itu datang dari diri najwa sendiri...ASSALAMUALAIKUM... ;)

No comments:

Post a Comment