Tuesday 22 December 2015

PELAJARAN 3:Najis-najis

   Assalamualaikum sahabat semua,Ajwa harap semua sihat2 belaka.Hari ni najwa akan terangkan tentang najis2 dan bahagian2 najis..


NAJIS2:

Maksud najis ialah sesuatu yang kotor yang tidak sah dibawa sembahyang.Seperti kencing,najis manusia,najis binatang,darah,nanah,bangkai lalat dan sebagainya.Tetapi seperti ludah,hingus,tahi mata,tahi hidung adalah kotor dan tidak najis.

Bahagian2 Najis:

Najis terbahgi kepada 3:
1)Najis ringan(mukhoffafah) iaitu seperti kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang hanyan minum susu sahaja.Cara membersihkannya ialah dengan mempercikkan air ketempat itu merata selepas meramas kain yang kena najis.Adapun kencing anak perempuan mesti dibasuh dengan mengalirkan air.

2)Najis berat(mughollazah) ialah najis anjing dan babi.Cara membersihkannya dengan membasuhnya dengan tujuh kali iaitu 6 air bersih dan satu air tanah bersih.

3)Najis pertengahan(mutawasittah)ialah selain dari najis ringan dan berat,jadi termasuklah nanah,darah manusia,kencing,tahi manusia dan binatang,bangkai,minuman yang memabukkan dan susu haiwan yang tak halal dimakan seperti susu kucing dan harimau.Cara membersihkannya ialah dengan menyiramkan air hingga hilang 3 sifat iaitu bau,warna dan rasa tetapi kalau bau saja yang belom hilang maka dimaafkan.


Najis2 yang diamaafkan:
Najis2 yang dim aafkan seperti sedikit darah,nanah dan yang tak nampak oleh mata kasar.Juga dimaafkan jika terkena percikan air hujan dijalan dan dimaafkan darah2 yang sedikit pada daging2 haiwan yang telah disembelih.

Jika Allah izinkan,Kita akan ke tajuk seterusnya.Harap dapat memberi manfaat kepada semua ^_~
Ila liqa',maassalamah..
Assalamualaikum.

Monday 21 December 2015

PELAJARAN 2:Sebab2 Hadas Besar/Kecil dan Bersuci

       Assalamualaikum sahabat semua,Ajwa harap semua sihat2 belaka.Hari ni najwa akan terangkan tentang sebab2 hadas besar & kecil and ajwa akan ceritakan tentang bersuci..


HADAS ADA 2:
-Hadas besar
-Hadas kecil


Sebab2 hadas kecil ialah:
1)buang air kecil dan air besar
2)Tidur dalam keadaan baring,melintang,duduk dan sebagainya
3)Hilang akan seperti mabuk
4)Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang halal nikah
5)Buang angin
6)Menjabat kemaluan dengan perut tapak tangan


Sebab2 hadas besar ialah:
1)Keluar mani
2)Berjima'/Bersetubuh
3)Haid(darah kotor bgi perempuan) @ Nifas(darah lepas bersalin)
4)Buang air besar


BERSUCI:
Bersuci ialah dengan mengambil wuduk@air sembahyang,menghilangkan najis dan dengan mandi wajib.Bersuci juga ialah dengan menggunakan air yang suci/bersih lagi menyucikan dan air2 yang suci lagi menyucikan ada 7 seperti air hujan,air sungai,air laut,air perigi,air mata air,air salji dan air embun


Jika Allah izinkan,Kita akan ke tajuk seterusnya.Harap dapat memberi manfaat kepada semua ^_~
Ila liqa',maassalamah..
Assalamualaikum.


Sunday 20 December 2015

PELAJARAN 2:RUKUN AGAMA ISLAM & IBADAH SEMBAHYANG

     Assalamualaikum sahabat yang dikasihi,semoga hari2 kita diberkati oleh Allah S.W.T...Hari ni ajwa akan terangkan tentang rukun agama islam dan ibadah sembahyang.


RUKUN AGAMA ISLAM:

Rukun agama islam ada 5:

1)Mengucap 2 kalimah syahadah



2)Menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam iaitu solat Subuh 2 rakaat,Zohor 4 rakaat,Asar 4 rakaat,Maghrib 3 rakaat dan isya' 4 rakaat.Solat ini ialah salah satu cara kita untuk berhubung dengan Allah S.W.T selain berdoa.

3)Berpuasa dibulan ramadan selama 30 hari

4)Mengeluarkan zakat,seperti zakat fitrah,perniagaan,hasil ladang,emas dan perak.

5)Mengerjakan haji bagi yang mampu.


IBADAH SEMBAHYANG:

Solat ada 5 waktu ialah tanda besar bagi iman.Tiap2 orang akan mengerjakan sembahyang,mesti akan mengikut syarat2 sembahyang.

Syarat2 sembahyang:

1)Suci daripada hadas besar dan kecil

2)Menutup aurat,bagi lelaki dari pusat hingga lutut dan bagi perempuan kesemua kecuali muka dan tapak tangan.

3)Bersembahyang ditempat yang bersih daripada najis termasuk pakaian dan tubuh badan mesti bersih dari najis.

4)Menghadap kiblat

5)Mengetahui bahwa telah masuk waktu sembahyang setiap waktu.

Kita akan ke tajuk seterusnya jika Allah izinkan.Harap dapat memberi manfaat kepada semua ^_~
Ila liqa',maassalamah..
Assalamualaikum.

Tuesday 15 December 2015

PELAJARAN 1: Fardu Ain,Fardu Kifayah,Sunat Ain dan Sunat Kifayah

       Assalamualaikum sahabat ajwa yg dikasihi,hari ni ajwa nak ceritakan perbezaan antara fardu ain,fardu kifayah,sunat ain dan sunat kifayah..



FARDU AIN:

Maksud fardu ain ialah yang mesti/wajib dikerjakan oleh setiap orang seperti sembahyang 5 waktu dan puasa di bulan ramadan..

FARDU KIFAYAH:

Maksud fardu kifayah ialah yang mesti dikerjakan semua penduduk,tetapi kalau sudah dilakukan oleh sorang @ dua maka lepaslah tuntutan dosa dan kalau tidak ada seorang pon yang mengerjakannya maka semuanya berdosa seperti menjawab salam dalam kumpulan yang ramai,kalau orang bagi salam dekat satu kumpulan dan ada sorang yg jawab maka tidak berdosa yg lain tetapi jika tidak ada sorang pon yg mnjawab salam tersebut maka semua berdosa.Dalam konten ni sorang @ dua sudah memadai.

SUNAT AIN:

Maksud sunat ain ialah sunat mengerjakan setiap orang seperti sembahyang terawih dan puasa sunat.

SUNAT KIFAYAH:

Maksud sunat kifayah ialah sunat dikerjakan atas orang yang ramai,tetapi memadailah kalau dibuat oleh seorang seperti memulai memberi salam dari orang ramai iaitu kita dalam satu kumpulan dan kita nampak tok imam,orng awam dll kite salah sorang dalam kumpulan tuu yg bagi salam.

MAKRUH TAHRIM:

Maksud makruh tahrim,berdosa mengerjakanya seperti sembahyang sunat mutlak setelah fardu subuh.

Kita akan ke tajuk seterusnya jika Allah izinkan.Harap dapat memberi manfaat kepada semua ^_~
Ila liqa',maassalamah..
Assalamualaikum.

Monday 14 December 2015

PELAJARAN 1:Hukum Agama Islam

     Assalamualaikum sahabat yg dikasihi.Hari ni ajwa nak terangkan hukum2 agama islam.Ajwa tahu dekat luar sana ramai yang dah tahu tentang ni tp ada jugak sesegelintir sedara sesama islam kite yang masih tercari cari tentang agama yg mulia ini.Kepada semua sahabat ajwa sekalian,nak belajar @ mendalami agama islam ni tak perlu malu2,kite cume perlukan usaha,kerana agama islam ialah agama yang praktikal.Jangan risau setiap niat perbuatan kita yang baik,ikhlas akan mendapat ganjaran.Ganjarannye di akhirat kelak nnti..


  Hukum agama islam ada 5:
     *Wajib     *Sunat   *Haram   *Makroh   *Mubah/Harus

Maksud wajib,diberi Allah S.W.T pahala bagi yang mengerjakannya,dan disiksa orang yang tidak mengerjakannya.Seperti berpuasa dibulan ramadan,berzakat atas orang yang cukup bilangan hartanya,dan mengerjakan ibadah haji bagi yang mampu.

Maksud Sunat,diberi Allah pahala bagi yang mengerjakannya dan tidak berdosa pada yang tidak mengerjakannya.Seperti solat tahjud,berpuasa pada 10 muharram,27 rejab,9 zulhijjah dan 10 sya'ban.

Maksud makruh,mendapat pahala yang tidak mengerjakannya dan tidak berdosa yang mengerjakannya.Seperti minum atau makan dengan tangan kiri.

Maksud Haram,disiksa dan berdosa yang mengerjakannya dan diberi pahala yang meninggalkannya.Seperti minum yang memabukkan dan berjudi

Maksud mubah@harus,tidak dapat pahala dan tidak berdosa bagi yang mengerjakannya dan tidak mengerjakannya.Seperti tidur,makan dan mandi harian.



Kita akan ke tajuk seterusnya jika Allah izinkan.Harap dapat memberi manfaat kepada semua ^_~
Ila liqa',maassalamah..
Assalamualaikum.

Wednesday 25 November 2015

Aurat Wanita

        Assalamualaikum,Apa khabar sahabat semua.Ajwa harap semua sihat2 belake.Dah bape bulan ajwa tak update blog ajwa,so hari ni ajwa akan update tentang aurat wanita...

Apa yg sahabat ajwa taw tentang aurat??..tutup kepala jee ke @ pakai baju sendat2??.Mesti pelikkan kenapa ajwa tnye sahabat semue mcm ni,tp ajwa tak tekejot pon sbb hari ni ramai orang perempuan terutama sekali da tak endahkan lagi tentang aurat,asal pakai baju and tutup kepala pakai sarung tangan dah kira tutup aurat and paling teruk sekali yang teros ikot pakaian barat,tebukak sana sini.Ape motif nk tayang2 badan tuu?cer cite sikit..bukan dapat pahale pon,nnti dapat dosa jee.Agama islam kite ni dah menyeluruh and lengkap,mesti ade sebab kenapa Allah menyuruh kite tutup aurat kerana setiap sesuatu perkare mesti ade hikmahnye takde yg berlaku sia2.Malah kite tutup aurat pon ade hikmahnye.Majalah perubatan Britain telah mengeluarkan hasil kajian bahwa bahaya wanita yang tak menutup aurat kerana boleh terkena kanser milanoma pada usia awal,dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki kerana tidak bertudung,berpakaian tetapi ketat atau telus akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang
terbuka.

Kalau sahabat semue nak taw,semua anggota tubuh badan wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan,yang hanya bole melihat aurat kite mahram kite jee..tau tak mahram tu ape??..mahram tu ialah ahli keluarga kite contoh macam ayah,atok,abang,suami,adik lelaki.Selain daripada tu macam abng atau adik ipar lelaki,sepupu sedara lelaki,pakwe,bapa sedara mendatang ke,senang cite yg takde pertalian darah dengan kite tu dikira bukan mahram..ade fahaaam?.Apatah lagi,bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram lagilah HARAM!!!..

Selain tu,suara wanita juga aurat.Aurat bila macam mana??..bila mendayu-dayu dengan lelaki dan berlembut-lembut dengan lelaki seperti mana firman Allah "Maka janganlah kamu tunduk(melemah-lemahkan) suara dalam bicara,sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah kata-kata yang baik" (Surah Al-Ahzab:32).Tak salah kite nak melembut-lembutkan suara kite,tp dengan kedua ibu bapa kite.Zaman sekarang pelik sikit die jadi tebalik,dengan mak bapak gune kasar2 "AKU,KAU" tp bile dengan pakwe bole plak gune "I,U,BEE" dan sewaktu dengannya.Itulah yang dikatakan akhir zaman seperti hamba melahirkan tuannya,Nau'zubillahi minzalik...and Lastly,tentang wanita memakai wangian belebih-lebihan ketike berjalan,pegi masjid dll.Bukan tak boleh pakai tp kalau nk pakai,pakai sekadar kite jee bole bau ataupun pakai minyak wangi yang bau die tak kuat.Tak perlu nak sembur satu botol minyak wangi tuu sekali sampai bole bau lima batu jauh.Kalau nak selamat takyah dok pakai,habis cite...Okeylaa sampai sine jee dulu yg najwa bole terangkan.Alhamdulillah dengan ilmu ajwa yang tak seberape Allah bagi ajwa sedikit untuk kongsikan dengan sahabat semua,kalau ajwa ade tekasar bahasa,tekecilkan hati sahabat2,ajwa minta maaf sesangat.Kite ni semue manusia biase yang tak lari dari kesilapan,Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk,datang dari diri ajwa sendiri.Ajwa tinggalkan sahabat dengan video ni,hope enjoy and dapat memberi manfaat.Sehingga berjumpa lagi jika Allah izinkan..Ma'assalamah,Assalamualaikum ^~^









Thursday 12 February 2015

Anak Soleh Dan Solehah

  Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi,hari ni ajwa nak kongsikan dengan semua tentang menjadi anak yang soleh.

Sahabat2 sekalian untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah tidaklah susah.Tetapi semuanya bergantung pada diri seseorang itu sendiri dan cara ibu bapa mendidiknya.Jika sahabat semua ingin tahu anaklah kunci syurga dan anak jugalah aset ke syurga atau neraka.Kalau kita belajar tinggi2 sampai ke luar negara sekali pun tapi takde ilmu agama di dada apa guna?...itulah yang patut kita semua takutkan.Sahabat semua bayangkan bila mak/ayah kita dah takde,adik beradik ramai semua ni belajar tinggi2 tapi takde sorang pon yang pandai menguruskan jenazah mereka.Sahabat bole rasa tak betapa sedihnya mereka mempunyai anak tetapi tidak pandai untuk menguruskan jenazah mereka.Tetapi tak semuanya salah anak kerana anak ini ibarat kain putih ibu bapalah yang mewarnai kain tersebut.Sekiranya baik maka baiklah ataupun sebaliknya.Jika anak itu dibesarkan dengan ilmu agama in shaa Allah dia akan menjadi seperti mana kita harapkan.Sebaliknya jika anak itu dibesarkan dengan keduniaan,kekayaan maka jangan kita dok harap sebaliknya.semuanya terletak ditangan ibu bapa sendiri...

 Akhir sekali,doa yang dimakbulkan apabila matinya anak adam ialah doa2 anak yang soleh "Jadi renung-renungkan dan selamat beramal :).Oklah sampai sini saja"apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari diri kita sendiri,ajwa minta maaf jika ada terkasar bahasa.Kita manusia tidak pernah lari dari kesilapan..ajwa ade tinggalkan sahabat2 video yang ajwa buat,supaya dapat memberi manfaat kepada sahabat2 semua..sehingga berjumpe lagi in shaa Allah,maassalama Assalamualaikum ^_~