Tuesday 15 December 2015

PELAJARAN 1: Fardu Ain,Fardu Kifayah,Sunat Ain dan Sunat Kifayah

       Assalamualaikum sahabat ajwa yg dikasihi,hari ni ajwa nak ceritakan perbezaan antara fardu ain,fardu kifayah,sunat ain dan sunat kifayah..



FARDU AIN:

Maksud fardu ain ialah yang mesti/wajib dikerjakan oleh setiap orang seperti sembahyang 5 waktu dan puasa di bulan ramadan..

FARDU KIFAYAH:

Maksud fardu kifayah ialah yang mesti dikerjakan semua penduduk,tetapi kalau sudah dilakukan oleh sorang @ dua maka lepaslah tuntutan dosa dan kalau tidak ada seorang pon yang mengerjakannya maka semuanya berdosa seperti menjawab salam dalam kumpulan yang ramai,kalau orang bagi salam dekat satu kumpulan dan ada sorang yg jawab maka tidak berdosa yg lain tetapi jika tidak ada sorang pon yg mnjawab salam tersebut maka semua berdosa.Dalam konten ni sorang @ dua sudah memadai.

SUNAT AIN:

Maksud sunat ain ialah sunat mengerjakan setiap orang seperti sembahyang terawih dan puasa sunat.

SUNAT KIFAYAH:

Maksud sunat kifayah ialah sunat dikerjakan atas orang yang ramai,tetapi memadailah kalau dibuat oleh seorang seperti memulai memberi salam dari orang ramai iaitu kita dalam satu kumpulan dan kita nampak tok imam,orng awam dll kite salah sorang dalam kumpulan tuu yg bagi salam.

MAKRUH TAHRIM:

Maksud makruh tahrim,berdosa mengerjakanya seperti sembahyang sunat mutlak setelah fardu subuh.

Kita akan ke tajuk seterusnya jika Allah izinkan.Harap dapat memberi manfaat kepada semua ^_~
Ila liqa',maassalamah..
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment